Assalamualaikum
semua…
kaifa
hal??mga-mga semua sihat-sihat aje ea...
Hmmm
dah agk lama kn sy x update blog nie.. Subhanallah sy hampir-hampir terlupa yg
saya ada akaun blog..mggu lpas sy blik kampung jumpa family kt kedah,so
disebabkn trlalu excited, sy dh tlupa pasal blog + plak dgn assignment yg x
terkira 2, memang x sempat nk belek-belek blog ni..
Allah..Allah.Allah..manusia
ni memang x trlepas drpd sifat pelupa kan???...AN-NASIIA.
pape
pn mlm ni sy cuba luangkan sedikit masa untuk saya coret kat blog ni...moga
coretan yg x seberapa ni mampu mnjadi pembela buat sy di alam baqa
nanti....ermm cakap tentang "LUPA" nie,tetiba sy tringat pasal 1
kisah.
jeng..jeng..jeng.....
Ok
kisah ni baru jer berlaku.....pada 1 hari ada 2 org sahabat berselisih
faham,,deorang berdua ni sebilik..hampir 3 hari juga deorang x bertegur
sapa,saling bermasam muka,and x bercakap apa-apa..masing-masing saling
menyalahkan satu sama lain.masing-masing berkeras x nak mulakan untuk
berdamai..hinggalah pada 1 hari ni, si A tertinggal kunci biliknya di dalam
bas.mugkin disebabkan terlalu penat perah otak untuk tumpu pada kuliah selama 2
jam tadi yang membuatkan si A cuai and tertinggal kuncinya.Sampai je rumah,si A
terus menyeluk poket begnya,setelah hampir 10 minit menyelongkar semua poket
pada begnya,tetap juga dia x jumpa kunci tersebut...Allah..Allah ligat
kepalanya memikirkan kemana pergi kunci biliknya itu. Selama ni dia x pernah
cuai.Akhirnya dia mengalah,mungkin kuncinya tercicir di mana-mana.Otaknya
kembali pusing memikirkan cara untuk masuk ke bilik.Akhirnya baru dia teringat
bahawa satu-satunya orang yang ada kunci bilik adalah roomate dia sendiri,si
B,,,kebetulan si B keluar makan,so pintu bilik semestinya berkunci,,emm baru
saja dia hendak menekan punat handfon
untuk mendail no roomatenya,tetapi baru dia teringat bahawa dia dan roomatenya
tengah ada maslah,jadi dibatalkan niatnya untuk menelefon,hmm disebabkan
ego,sanggup dia menunggu di luar...Hampir 1 jam dia menunggu akhirnya dia
terpaksa juga menelefon roomatenya,dia tebalkan muka dan terus menekan
punat,satu-persatu dia menekan no telefon roomatenya.Tika itu terasa berat saja
jarinya,tetapi dia campak egonya ke tepi, kali ini dia sanggup mengalah,
setelah
5 minit,roomatenya sampai..perlahan-lahan si A mengatur langkah mengikuti si B
dari belakang,setelah si B bukakan pintu,terus dia berpusing ke belakang and
dia memeluk sahabatnya, si A,,erat pelukannya,terasa mengalir arus ukhuwah pada
pelukan itu.tidak semena-mena,terasa ada titisan hangat yang jatuh dari kelopak
mata si B,,terpinga-pinga si A dibuatnya..menagapa si B tiba-tiba
menangis???.....RINDUUUUUUU...itu perkataan pertama yang keluar dari mulut si
B...Ya Allah,saat itu si A terasa bagai dihempap dengan seketul batu,bertapa
sahabatnya rindukan dia walaupun baru 3 hari x bertegur sapa,sedangkan
dia??apakah dia juga merasa rindu pada gurau senda sahabatnya??pada
nasihat-nasihat si B disaat dia berduka??pada kata-kata semangat yang membakar
jiwanya???..
Mungkin
disebabkan keegoannya,,dia dan sahabatnya bermasam muka..akhirnya mereka saling
bermaafan dan saling berjanji untuk saling memahami..akhirnya terlerailah
perselisihan faham antara 2 sahabat tersebut…
Sabda Nabi Muhammad Rasulullah :
ولا
يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
Ertinya : Dan tidak halal bagi seoarang
muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan)saudara
seislamnya lebih dari 3 hari.
(Riwayat Al-Bukhari , 5/2253)
No comments:
Post a Comment
thank you for the sweet comments...
syukran jiddan....