السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday 19 March 2013

SABARLAH duhai hatiku dengan sebenar-benar SABAR..
subhanallah...lihatlah picture nih..atas usaha meng"touch up" sendiri..ALHASIL sengat di tepi..aduh mcm mna ni..1st time nih edit picture with tulisan sendiri..STEP yang saya buat...DOWNLOAD PIC BUNGA - MASUKKAN KE ADOB PHOTOSHOP - EDIT - MASUKKAN TULISAN - EDIT - SAVE.....akirnya ni lah yg jadi huhu...ni akibatnya sb x check saiz dgn betul...tapi x pe..bak kata madam , juz TRY and EROR..sbg manusia kite x blh lari dari buat silap,,TAPIIIII.... yang penting jangan putus asa k...sesungguhnya allah benci kepada orang yang putus asa....teruskan usaha k...CHAIYOK....

flashmob

persembahan flashmob..

sebahagian daripada volunteers 

take a picture dulu..hehe smile..


Alhamdulillah,,akhirnya semua selesai dengan jayanya,(insyaallah)...setelah bertungkus lumus + bergelut berlatih hanya dalam masa seminggu,akhirnya waktu yg ditunggu-tunggu pun tiba..pada mulanya mmg saya x jangka akan kehadiran penonton..ingatkan sikit je..so x ambik pusing la sgt..sekali dah sampai ke karnival sains islam negeri sembilan(paroi)..perghh cuak jugak la bila dpt information yg persembahan kene bt atas pentas..aduhai,,sabar ya hati,sabar,sabar....."Demi Gaza,sanggup aku redahi...."..tebalkan muka..redah je..biar rasa malu sekejap..asal kite rasa puas dengan usaha kite..moga semuanya diberkati Illahi...Ameen...
   

Friday 15 March 2013


Bismillahirrahmanirrahim,,,
Tetiba sy terfikir plak nak share pasal nie..emm jumaat lepas,8/3/2013..first time sy buat persembahan flashmob..untuk pengetahuan kwn2,saya ade join TRAINING OF PALESTINE VOLUNTEER,so sy ditakdirkan utk berada di bawah team flashmob,so tugas kitorang under team flashmob ni adalah belakon..upsss.. belakon??hmmm memang sy minat sgt dari dulu lg,masa kecik-kecik dulu bila saya tnya mak and ayah saya boleh x bila besar nanti sy nak jd pelakon??...hahah...jwpn ptama yg keluar dari mulut mak ayah sy,,X BOLEH!!,,haha..tu soalan sy masa sy x tahu bab halal and haram lg..ALHAMDULILLAH berkat didikan agama yg mak dan ayah sy curahkan akhirnya sy dapat menilai yg mana baik and yg mana buruk.
Sy tahu belakon 2 x boleh and jatuh pda kedudukan haram jika si pelakonnya mendedahkan aurat..betul x?jadi sy korbankan minat sy 2..tapi alhamdulillah selepas sy menyambung pengajian sy di slh sebuah universiti islam di Malaysia ni,sy dapat rasa pengalaman menjadi pelakon..Even lakonan ni belum sampai tahap untuk dikomersialkan,sy tetap bersyukur kerana diberi peluang ini.Dan yang paling saya bersyukur adalah sb lakonan yg sy buat ini adalah untuk MENYEDARKAN RAKYAT MALAYSIA AKAN PERIHAL SAUDARA KITA DI PALESTINE..ye ni adalah flashmob tentang kadaan PALESTINE..moga lakonan kitorang yang x seberapa ni dapat menyedarkan rakyat malaysia bahawa masih ada saudara kita yg sgt2 memerlukan sokongan drpd kite untuk menghadapi ZIONIS LAKNATULLAH..Harapnya dengan usaha yg x seberapa ni,sedikit sebanyak dpt menzahirkan bahawa masih ada yg perihatin tentang perihal PALESTINE..
InsyaAllah jumaat,malam,,(15/3/2013),,sekali lagi kitorang bakal membuat flashmob di karnival sains islam negeri sembilan atas jemputan majlis agama islam negeri sembilan(MAINS)..INSYAALLAH jumpa di sana..



Assalamualaikum  semua…
kaifa hal??mga-mga semua sihat-sihat aje ea...
Hmmm dah agk lama kn sy x update blog nie.. Subhanallah sy hampir-hampir terlupa yg saya ada akaun blog..mggu lpas sy blik kampung jumpa family kt kedah,so disebabkn trlalu excited, sy dh tlupa pasal blog + plak dgn assignment yg x terkira 2, memang x sempat nk belek-belek blog ni..
Allah..Allah.Allah..manusia ni memang x trlepas drpd sifat pelupa kan???...AN-NASIIA.
pape pn mlm ni sy cuba luangkan sedikit masa untuk saya coret kat blog ni...moga coretan yg x seberapa ni mampu mnjadi pembela buat sy di alam baqa nanti....ermm cakap tentang "LUPA" nie,tetiba sy tringat pasal 1 kisah.

jeng..jeng..jeng.....

Ok kisah ni baru jer berlaku.....pada 1 hari ada 2 org sahabat berselisih faham,,deorang berdua ni sebilik..hampir 3 hari juga deorang x bertegur sapa,saling bermasam muka,and x bercakap apa-apa..masing-masing saling menyalahkan satu sama lain.masing-masing berkeras x nak mulakan untuk berdamai..hinggalah pada 1 hari ni, si A tertinggal kunci biliknya di dalam bas.mugkin disebabkan terlalu penat perah otak untuk tumpu pada kuliah selama 2 jam tadi yang membuatkan si A cuai and tertinggal kuncinya.Sampai je rumah,si A terus menyeluk poket begnya,setelah hampir 10 minit menyelongkar semua poket pada begnya,tetap juga dia x jumpa kunci tersebut...Allah..Allah ligat kepalanya memikirkan kemana pergi kunci biliknya itu. Selama ni dia x pernah cuai.Akhirnya dia mengalah,mungkin kuncinya tercicir di mana-mana.Otaknya kembali pusing memikirkan cara untuk masuk ke bilik.Akhirnya baru dia teringat bahawa satu-satunya orang yang ada kunci bilik adalah roomate dia sendiri,si B,,,kebetulan si B keluar makan,so pintu bilik semestinya berkunci,,emm baru saja dia hendak  menekan punat handfon untuk mendail no roomatenya,tetapi baru dia teringat bahawa dia dan roomatenya tengah ada maslah,jadi dibatalkan niatnya untuk menelefon,hmm disebabkan ego,sanggup dia menunggu di luar...Hampir 1 jam dia menunggu akhirnya dia terpaksa juga menelefon roomatenya,dia tebalkan muka dan terus menekan punat,satu-persatu dia menekan no telefon roomatenya.Tika itu terasa berat saja jarinya,tetapi dia campak egonya ke tepi, kali ini dia sanggup mengalah,
setelah 5 minit,roomatenya sampai..perlahan-lahan si A mengatur langkah mengikuti si B dari belakang,setelah si B bukakan pintu,terus dia berpusing ke belakang and dia memeluk sahabatnya, si A,,erat pelukannya,terasa mengalir arus ukhuwah pada pelukan itu.tidak semena-mena,terasa ada titisan hangat yang jatuh dari kelopak mata si B,,terpinga-pinga si A dibuatnya..menagapa si B tiba-tiba menangis???.....RINDUUUUUUU...itu perkataan pertama yang keluar dari mulut si B...Ya Allah,saat itu si A terasa bagai dihempap dengan seketul batu,bertapa sahabatnya rindukan dia walaupun baru 3 hari x bertegur sapa,sedangkan dia??apakah dia juga merasa rindu pada gurau senda sahabatnya??pada nasihat-nasihat si B disaat dia berduka??pada kata-kata semangat yang membakar jiwanya???..
Mungkin disebabkan keegoannya,,dia dan sahabatnya bermasam muka..akhirnya mereka saling bermaafan dan saling berjanji untuk saling memahami..akhirnya terlerailah perselisihan faham antara 2 sahabat tersebut…



Sabda Nabi Muhammad Rasulullah :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام

Ertinya : Dan tidak halal bagi seoarang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan)saudara seislamnya lebih dari 3 hari.
(Riwayat Al-Bukhari , 5/2253)